• Link n
  • Sunday, January 23, 2011

    Fakta Emas Secara Saintifik

    Emas merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbolAu (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.
    Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.
    Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.

    Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki persegi. Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
    Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agenmenghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
    Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10%perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
    Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi dengan besi,berwarna hijau, dan aloi dengn aluminum, berwarna ungu.
    Sebanyak 161 000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia, sehingga tahun 2009. Ini secara kasar bersamaan dengan 160 960 492.28 kg atau, dalam sukatan isipasu, sekitar 8.333 meter padu.

    No comments:

    Post a Comment