Assalamualaikum rakan-rakan semua...
Alhamdulillah, semalam sempat mendengar kuliah maghrib di surau Al-Falah. Antara intisari kuliah adalah kita wajib beriman dengan Rukun Iman. Salah satunya adalah percaya kepada kitab. Maka terdetik juga untuk mencari dan meneliti apakah terdapat Emas dan Perak di dalam Al Quran. Dengan bantuan anakanda, maka terjumpa web ust Hilmi yang menceritakan tentang emas.Berikut disiarkan perkongsian beliau... moga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya.
Saya telah membuat kajian berkaitan ini dengan melihat kepada kitab Al-Mu'jamul Mufahras li Alfazil Qur' anil Karim ( Kamus Lafaz-lafaz Al-Quran ) dan juga.beberapa laman web. Dan hasil daripada kajian saya ini ( macam professor la pulak ), saya mendapati bahawa di dalam Al-Quran cuma ada 8 sahaja perkataan emas dan 6 perkataan perak.
Mungkin ada sahabat-sahabat pernah melihat ada lebih daripada itu. Bagi saya semua itu betul. Cuma di sini saya nak tunjukkan bilangan perkataan emas dan perak itu sendiri dan ia tidak termasuk tafsiran yang mempunyai perkataan emas dan perak.

1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21
Pada kali ini, saya nak ajak sahabat-sahabat menerokai emas di dalam Al-Quran. Ada ke emas dan perak dalam Al-Quran? Kalau emas perak seketul tu memanglah tiada, tapi perkataan emas dan perak memang ada di dalam Al-Quran. Itulah kelebihan Al-Quran, mukjizat Rasulullah paling utama buat umat Islam. Sungguh lengkap A-Z, keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.
Saya telah membuat kajian berkaitan ini dengan melihat kepada kitab Al-Mu'jamul Mufahras li Alfazil Qur' anil Karim ( Kamus Lafaz-lafaz Al-Quran ) dan juga.beberapa laman web. Dan hasil daripada kajian saya ini ( macam professor la pulak ), saya mendapati bahawa di dalam Al-Quran cuma ada 8 sahaja perkataan emas dan 6 perkataan perak.
Mungkin ada sahabat-sahabat pernah melihat ada lebih daripada itu. Bagi saya semua itu betul. Cuma di sini saya nak tunjukkan bilangan perkataan emas dan perak itu sendiri dan ia tidak termasuk tafsiran yang mempunyai perkataan emas dan perak.

Baiklah, perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah. Di dalam Al-Quran, dzahab disebut sebanyak 8 kali sahaja dan fidhah sebanyak 6 kali. Kalau ada lebih daripada itu, mari kita sama-sama berbincang dengan niat yang positif. Tentu ada sahabat yang lebih mendalam ilmunya daripada saya. Saya pun bukannya ahli dalam bidang ini.
Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-
1. Ali Imran ayat 14
2. Ali Imran ayat 91
3. At-Taubah ayat 34
4. Al-Kahfi ayat 31
5. Al-Hajj ayat 23
6. Al-Faatir ayat 33
7. Az-Zukhruf ayat 53
8. Az-Zukhruf ayat 71

Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-
1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21
No comments:
Post a Comment