• Link n
  • Sunday, January 23, 2011

    Emas dan Perak dalam Al-Quran

    Assalamualaikum rakan-rakan semua...
    Alhamdulillah, semalam sempat mendengar kuliah maghrib di surau Al-Falah. Antara intisari kuliah adalah kita wajib beriman dengan Rukun Iman. Salah satunya adalah percaya kepada kitab. Maka terdetik juga untuk mencari dan meneliti apakah terdapat Emas dan Perak di dalam Al Quran. Dengan bantuan anakanda, maka terjumpa web ust Hilmi yang menceritakan tentang emas.



    Berikut disiarkan perkongsian beliau... moga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya.

    Pada kali ini, saya nak ajak sahabat-sahabat menerokai emas di dalam Al-Quran. Ada ke emas dan perak dalam Al-Quran? Kalau emas perak seketul tu memanglah tiada, tapi perkataan emas dan perak memang ada di dalam Al-Quran. Itulah kelebihan Al-Quran, mukjizat Rasulullah paling utama buat umat Islam. Sungguh lengkap A-Z, keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.

    Saya telah membuat kajian berkaitan ini dengan melihat kepada kitab Al-Mu'jamul Mufahras li Alfazil Qur' anil Karim ( Kamus Lafaz-lafaz Al-Quran ) dan juga.beberapa laman web. Dan hasil daripada kajian saya ini ( macam professor la pulak ), saya mendapati bahawa di dalam Al-Quran cuma ada 8 sahaja perkataan emas dan 6 perkataan perak.

    Mungkin ada sahabat-sahabat pernah melihat ada lebih daripada itu. Bagi saya semua itu betul. Cuma di sini saya nak tunjukkan bilangan perkataan emas dan perak itu sendiri dan ia tidak termasuk tafsiran yang mempunyai perkataan emas dan perak.


    Baiklah, perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah. Di dalam Al-Quran, dzahab disebut sebanyak 8 kali sahaja dan fidhah sebanyak 6 kali. Kalau ada lebih daripada itu, mari kita sama-sama berbincang dengan niat yang positif. Tentu ada sahabat yang lebih mendalam ilmunya daripada saya. Saya pun bukannya ahli dalam bidang ini.

    Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-

    1.
    Ali Imran ayat 14
    2.
    Ali Imran ayat 91
    3.
    At-Taubah ayat 34
    4.
    Al-Kahfi ayat 31
    5.
    Al-Hajj ayat 23
    6.
    Al-Faatir ayat 33
    7.
    Az-Zukhruf ayat 53
    8.
    Az-Zukhruf ayat 71

    Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-

    1.
    Ali Imran ayat 14
    2.
    At-Taubah ayat 34
    3.
    Az-Zukhruf ayat 33
    4.
    Al-Insaan ayat 15
    5.
    Al-Insaan ayat 16
    6.
    Al-Insaan ayat 21

    Tahukah anda Rahsia Emas???...

    Assalamualaikum dan salam ceria buat sahabat semua.
    Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta'ala kerana kita dapat bertemu lagi dalam muamalat-emas.blogspot.com

    Saya nak tanya para sahabat sekalian, adakah sahabat menyedari bahawa anda sebenarnya telah memiliki emas walaupun anda tidak pernah membelinya.? bagaimana caranya?

    Inilah rahsianya... Saya pun tidak mengetahui tentang perkara ini sehinggalah saya terbaca di dalam web World Gold Council bahawa emas juga digunakan dalam industri elektronik.

    Jadi di manakah emas kita tu? Ianya ada pada kad pengenalan kita iaitu pada cip memori yang terletak di sebelah kiri kad seperti gambar di atas. Nampak tak warnanya keemasan. Itulah emas. Bukan setakat kad pengenalan sahaja, malah di mana kad yang mempunyai cip memori ini seperti kad bank, sim card handphone dan sebagainya.

    Bukanlah cip itu 100% diperbuat daripada emas? Ianya hanya sebagai lapisan yang atas sekali. Ini adalah kerana permukaan tersebut sangat terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mengaratkannya jika digunakan dalam tempoh yang lama. Oleh itu, pakar telah menggunakan emas sebagai lapisan luar permukaan tersebut kerana emas merupakan logam yang tidak akan berkarat dan pengalir elektrik yang lebih baik.

    Sehingga tahun 2007, dianggarkan 280 tan emas digunakan dalam komponen elektrik dan elektronik seperti litar di dalam telefon dan komputer. Banyakkan. (Untuk maklumat lanjut sila klik di sini)

    Oleh itu saya syorkan, disamping kita membeli emas, simpanlah apa-apa barang elektronik yang mempunyai emas di dalamnya walaupun kuantiti emas di dalam alatan itu amat sedikit.

    Antara alat elektronik yang mempunyai emas di dalamnya ialah simcard, kad kredit, kad bank, kad telefon, prosessor yg tidak digunakan, thumbdrive yg rosak, decoder astro dan sebagainya.

    Kata orang tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dan saya tambah 'lama-lama harga naik'. Untungkan, simpan skit-skit sambil tu harganya pun semakin naik.

    Kalau ada kawan atau saudara mara yang tidak mahu menggunakan alat elektronik mereka, ambillah (jika mereka izinkan) dan simpan.

    Simpanlah walaupun kos untuk mengeluarkan emas ini amat tinggi kerana apabila simpanan kita itu sampai satu tahap dapat menampung kos tersebut dan memperoleh keuntungan maka kita telah menjana pendapatan secara percuma. InsyaAllah.

    WAllahu 'alam.

    5 Sebab Memiliki Emas


    1. Harga emas ketika ini adalah murah.
    Walaupun ramai yang merungut harga emas semakin mahal namun hakikatnya harga emas yang sentiasa meningkat dari hari ke hari menyebabkan harga emas pada hari ini sentiasa murah...

    2. Perlindungan harta dari inflasi.
    Seekor kambing di zaman Rasulullah SAW adalah kira-kira satu dinar emas. Ianya tercatat di dalam hadith antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Pada hari ini, sekiranya anda memiliki satu dinar emas, anda masih mampu membeli seekor kambing. Ini adalah satu bukti bahawa emas tetap mampu mengekalkan nilainya selepas lebih 1400 tahun. Dalam tempoh tersebut, dunia telah melalui pelbagai krisis besar ekonomi, peperangan, bencana alam, dan sebagainya. Ada negara yang hilang kedaulatannya, pupus matawangnya, musnah peradabannya. Namun emas tetap utuh dan terus dianggap bernilai sehingga kini. Keistimewaan yang Allah SWT anugerahkan ke atas logam berharga berwarna kuning ini tidak terdapat pada wang kertas anda yang nilainya boleh hilang sekelip mata. Itulah yang terjadi di Jerman (1922), Hungary (1945), Chile (1971), Argentina (1975), Peru (1988), Yugoslavia (1992), dan yang terbaru ialah negara Zimbabwe (2009). ( Sila baca "Matawang yang musnah")

    3. Permintaan emas dunia melebihi pengeluaran.
    Data yang dikeluarkan oleh World Gold Council menunjukan terdapat defisit antara permintaan dan pengeluaran emas. Sebagai contoh pengeluaran di Afrika Selatan yang merupakan pengeluar utama dunia selepas negara China telah menurun sebanyak 14%.

    4. Krisis ekonomi dunia yang semakin meruncing.
    Ini menyebabkan ramai pelabur mencari pelaburan yang selamat. Emas dilihat sebagai alternatif pelaburan yang selamat dan kekal.

    5. Emas diminati dan dikenali sejak zaman-berzaman.
    Oleh itu menyebabkan urusniaga amat mudah. Ianya dianggap bernilai oleh semua tamadun yang pernah wujud di dunia ini, sama ada yang maju atau yang tidak.

    JENIS-JENIS EMAS


    Jenis Emas (karat)
    Kandungan Emas (Au)
    24
    999 / 995
    22
    916
    20
    835
    18
    750
    14
    585
    9
    375
    bawah 9
    emas palsu!

    Sifat2 Emas

    Sifat Umum
    Nama, Simbol
    Emas, Au
    Siri Kimia
    Logam Peralihan
    Warna Asal
    Kuning Berkilau
    Keadaan
    Pepejal
    Ketumpatan (suhu bilik)
    19.3 g/cm³
    Takat Lebur
    1064.18 °C
    Takat Didih
    2856 °C
    Warna Apabila Bercampur Logam Lain
    Emas Merah
    Emas murni dicampur Tembaga
    Emas Kuning
    Emas murni dicampur Perak
    Emas Putih
    Emas dicampur dengan Timah dan Nikel.

    Fakta Emas Secara Saintifik

    Emas merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbolAu (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.
    Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.
    Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.

    Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki persegi. Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
    Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agenmenghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
    Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10%perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
    Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi dengan besi,berwarna hijau, dan aloi dengn aluminum, berwarna ungu.
    Sebanyak 161 000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia, sehingga tahun 2009. Ini secara kasar bersamaan dengan 160 960 492.28 kg atau, dalam sukatan isipasu, sekitar 8.333 meter padu.

    Saturday, January 22, 2011

    Buatlah Pilihan Yang BIJAK..

    Marilah kita berazam untuk menyimpan emas untuk masa hadapan...Kenapa saya kata gitu??..


    “PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – BERNAMA

    Alhamdulillah, Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk tahun 2010 sebanyak 8.75%. Andai simpanan ASB anda RM10,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM875, pengiraan mudah. Aku juga antara pelabur yang meyimpan wang didalam akaun ASB. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untuk monitoring saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.

    Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda. Ops! tahun 2010 ini, ada satu lagi amanah saham yang mungkin dapat membantu anda melebarkan sayap kepada pelaburan yang lain iaituAmanah Hartanah Bumiputera. Anda buatlah research sendiri ya! aku hanya menyampaikan.
    Analisa Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1991 sehingga 2010

    Emas
    Pantas masa berlalu, penghujung tahun sudah tiba. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, aku hanya membuat sedikit analisis tentang emas.

    Dalam pemerhatian aku, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History, purata kenaikan harga emas ialah 26.23%. Bagi aku, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Eh, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus jugak ya.

    Analisa Kenaikan Harga Emas Jan 2010 sehingga Disember 2010 – Sumber GoldPrice.org

    Perak
    Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kalau aku inform kat sini kenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, korangpercaya?

    Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, aku juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, patut la orang asyik highlight dekat aku tentang emas dan perak penyimpan nilai terbaik.

    Analisa kenaikan harga perak Jan 2010 sehingga Desember 2010 – Sumber SilverPrice.org

    Pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan diatas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Satu nasihat dari aku, pelaburan yang akan anda pilih semestinya halal dan tidak terlibat dengan sesuatu yang meragukan. Aku sendiri pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas, perak dan simpanan ASB.

    Wassalam.

    p/s : ASB 8.75%, emas 26%, perak 70%, pilih baik2 ya..