EMAS | JUAL (RM) | BELI (RM) |
Dinar 999.9/pc | 687 | 584 |
Bar 10g | 1590 | 1352 |
Bar 20g | 3180 | 2710 |
Bar 50g | 7900 | 6720 |
Bar 100g | 15800 | 13430 |
Rantai 999 | 159.40/g | 135.50/g |
SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal..

Thursday, February 24, 2011
HARGA EMAS TERBARU
Sunday, February 20, 2011
SIMPAN EMAS, TINGKATKAN EKONOMI UMMAH
Mulakan pelaburan Emas anda dengan membeli 1 Dinar (Emas 916 /4.25gram).Harga 1 dinar pada tahun 2002 hanyalah RM140. Jika anda membeli 60 keping dinar pada tahun itu dengan harga RM8,400.00 nilainya sekarang ialah RM38,700.00!
Fikir fikirkanlah!
Belum terlambat lagi.... kalau ada wang simpanan ribu riban dalam bank tu... keluarkan lah sebahagian dan beli emas untuk simpanan yang lebih terjamin
Cuba bayangkan jika setiap keluarga muslim memiliki sekurang-kurangnya 100g emas, berapa banyakkah aset kita ummah islam yang terkumpul?
Ayuh, jom simpan emas...

Thursday, February 3, 2011
PROGRAM CEMERLANG BERSAMA GCP
SEMINAR RAHSIA PERNIAGAAN DAN SIMPANAN EMAS
Tarikh: 04 Hingga 05 Februari 2011
Tempat: Hotel Seri Malaysia Pantai Percutian Bagan Lalang, Sepang Goldcoast
Segala info akan dikongsi bersama selepas selesai seminar ini...
SEJARAH EMAS
Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος = chrysos, Latin aurum, Inggeris kuno gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.
Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.
Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.
Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.
Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.
Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.
Kontrak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.
Sejak tahun 1880-an Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar di dunia. Kawasan lombongan emas di Orange Free State dan Transvaal adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di dunia. Peperangan Boer 1899 - 1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer adalah sebahagiannya berpunca daripada hak pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong di Dakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di Amerika Syarikat.
Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis. Logam ini terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
Emas bukan sahaja penting kepada industri dan kesenian, ia juga mengekalkan status istimewa di kalangan komoditi-komoditi lain sebagai stor simpanan nilai. Dijangkakan bahawa kesemua emas di dunia yang telah ditulenkan boleh membentuk sebuah kiub berukuran 20 m (60 kaki) pada setiap sisi.
Dinar Emas
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu.
Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.
Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.
Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.
Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.
Nilai
Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.
Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.
Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.
Kontrak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.
Ragam Kewujudan
Oleh kerana secara relatifnya, emas bersifat lengai secara kimia, emas sering kali dijumpai dalam bentuk aslinya, kadang kala dalam bentuk gumpalan besar, tetapi pada kebiasaannya dalam bentuk serpihan kecil di dalam mineral, kuarza, sabak, batuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas, dan biasanya bercampur dengan mineral kuartza atau pirit atau bercampur dengan tellurium dalam mineral petzit, kalaverit dan sylvanite. Emas diasingkan daripada aluvium melalui teknik pelombongan menggunakan dulang.Sejak tahun 1880-an Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar di dunia. Kawasan lombongan emas di Orange Free State dan Transvaal adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di dunia. Peperangan Boer 1899 - 1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer adalah sebahagiannya berpunca daripada hak pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong di Dakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di Amerika Syarikat.
Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis. Logam ini terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
Emas bukan sahaja penting kepada industri dan kesenian, ia juga mengekalkan status istimewa di kalangan komoditi-komoditi lain sebagai stor simpanan nilai. Dijangkakan bahawa kesemua emas di dunia yang telah ditulenkan boleh membentuk sebuah kiub berukuran 20 m (60 kaki) pada setiap sisi.
Dinar Emas
Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu.
Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.
Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.
Tuesday, February 1, 2011
HARGA JUALAN
EMAS | JUAL (RM) | BELI (RM) |
Dinar 999.9/pc | 680 | 585 |
Bar 10g | 1580 | 1345 |
Bar 20g | 3160 | 2690 |
Bar 50g | 7850 | 6275 |
Bar 100g | 15700 | 13345 |
Rantai 999 | 155.11/g | 131.84/g |
Ejen Baru Diperlukan..BERMINAT??..
VISI |
Simpanan emas menjamin masa depan |
MISI |
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas |
MATLAMAT |
|
PENUTUP |
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak. |
Marilah Bersama Kita Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas....
Bagaimana Memulakan Pelaburan Emas??
Ini adalah soalan yang biasa didengari apabila seseorang itu mahu memulakan atau berminat dengan pelaburan atau simpanan emas. Sebelum saya memulakan dengan lebih mendalam lagi, ingin saya memberitahu bahawa:
- Pihak kami bukanlah ejen skim cepat kaya, atau MLM, atau skim pelaburan haram. Kami hanya menjalan aktiviti menjual dan membeli Emas dengan urusniaga TUNAI. Ada duit dan ada emas fizikal.
- Kami juga tidak menjamin sebrang bentuk pulangan bulanan seperti yang di war warkan sesetengah pihak, bahkan kami mengutuk perbuatan dan skim seperti ini kerana ianya haram di sisi Islam.
Huraian secara ringkas di bawah adalah bagaimana ingin memulakan simpanan emas anda sebagai aset:
- Berapakah Modal yang diperlukan?? – modal di sini ialah duit secara fizikal dan ilmu di mana ilmu boleh didapati daripada website ini, google in internet ataupun dari orang yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Modal secara duit yang diperlukan untuk memulakan pelaburan/simpanan emas ini adalah bergatung kepada berapa yang anda ada ketika ini. Jika anda mampu untuk membeli 1 dinar, beli sahaja 1 dinar tersebut. Jika anda mampu untuk membeli 1 kg emas, juga terpulang kepada anda. Harga semasa emas boleh dilihat di sebelah kanan website ini setiap masa.
Bilakah Masa sesuai? – Masa paling sesuai untuk memulakan pelaburan/simpanan ialah SEKARANG! Tidak kira sebenarnya harga sedang naik atau turun, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk memulakannya kerana ada asasnya harga emas tetap akan naik dalam jangka masa panjang. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepatlah anda akan menimba pengalaman seterusnya kejayaan dalam bidang emas ini.
- Dengan siapa saya beli emas? – Anda boleh beli emas dengan saya (ejen sah GCP). Jualan emas adalah seperti yang tertera di tepi kanan website ini.
- Kami menyediakan cara termudah dan termurah untuk anda memiliki emas...
Jadi, apa tunggu lagi.....
Mulakan pelaburan atau simpanan emas anda sekarang.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut..Insyaallah, impian anda pasti tercapai...
ZAKARIA MAN 012-3228255
Sunday, January 23, 2011
Emas dan Perak dalam Al-Quran
Assalamualaikum rakan-rakan semua...
Alhamdulillah, semalam sempat mendengar kuliah maghrib di surau Al-Falah. Antara intisari kuliah adalah kita wajib beriman dengan Rukun Iman. Salah satunya adalah percaya kepada kitab. Maka terdetik juga untuk mencari dan meneliti apakah terdapat Emas dan Perak di dalam Al Quran. Dengan bantuan anakanda, maka terjumpa web ust Hilmi yang menceritakan tentang emas.Berikut disiarkan perkongsian beliau... moga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya.
Saya telah membuat kajian berkaitan ini dengan melihat kepada kitab Al-Mu'jamul Mufahras li Alfazil Qur' anil Karim ( Kamus Lafaz-lafaz Al-Quran ) dan juga.beberapa laman web. Dan hasil daripada kajian saya ini ( macam professor la pulak ), saya mendapati bahawa di dalam Al-Quran cuma ada 8 sahaja perkataan emas dan 6 perkataan perak.
Mungkin ada sahabat-sahabat pernah melihat ada lebih daripada itu. Bagi saya semua itu betul. Cuma di sini saya nak tunjukkan bilangan perkataan emas dan perak itu sendiri dan ia tidak termasuk tafsiran yang mempunyai perkataan emas dan perak.

1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21
Pada kali ini, saya nak ajak sahabat-sahabat menerokai emas di dalam Al-Quran. Ada ke emas dan perak dalam Al-Quran? Kalau emas perak seketul tu memanglah tiada, tapi perkataan emas dan perak memang ada di dalam Al-Quran. Itulah kelebihan Al-Quran, mukjizat Rasulullah paling utama buat umat Islam. Sungguh lengkap A-Z, keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.
Saya telah membuat kajian berkaitan ini dengan melihat kepada kitab Al-Mu'jamul Mufahras li Alfazil Qur' anil Karim ( Kamus Lafaz-lafaz Al-Quran ) dan juga.beberapa laman web. Dan hasil daripada kajian saya ini ( macam professor la pulak ), saya mendapati bahawa di dalam Al-Quran cuma ada 8 sahaja perkataan emas dan 6 perkataan perak.
Mungkin ada sahabat-sahabat pernah melihat ada lebih daripada itu. Bagi saya semua itu betul. Cuma di sini saya nak tunjukkan bilangan perkataan emas dan perak itu sendiri dan ia tidak termasuk tafsiran yang mempunyai perkataan emas dan perak.

Baiklah, perkataan emas dalam bahasa Arab dinamakan dzahab manakala perak pula ialah fidhah. Di dalam Al-Quran, dzahab disebut sebanyak 8 kali sahaja dan fidhah sebanyak 6 kali. Kalau ada lebih daripada itu, mari kita sama-sama berbincang dengan niat yang positif. Tentu ada sahabat yang lebih mendalam ilmunya daripada saya. Saya pun bukannya ahli dalam bidang ini.
Berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan dzahab (emas) :-
1. Ali Imran ayat 14
2. Ali Imran ayat 91
3. At-Taubah ayat 34
4. Al-Kahfi ayat 31
5. Al-Hajj ayat 23
6. Al-Faatir ayat 33
7. Az-Zukhruf ayat 53
8. Az-Zukhruf ayat 71

Dan berikut adalah senarai surah dan ayat yang mempunyai perkataan fidhah(perak) :-
1. Ali Imran ayat 14
2. At-Taubah ayat 34
3. Az-Zukhruf ayat 33
4. Al-Insaan ayat 15
5. Al-Insaan ayat 16
6. Al-Insaan ayat 21
Tahukah anda Rahsia Emas???...
Assalamualaikum dan salam ceria buat sahabat semua.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Ta'ala kerana kita dapat bertemu lagi dalam muamalat-emas.blogspot.com

Saya nak tanya para sahabat sekalian, adakah sahabat menyedari bahawa anda sebenarnya telah memiliki emas walaupun anda tidak pernah membelinya.? bagaimana caranya?
Inilah rahsianya... Saya pun tidak mengetahui tentang perkara ini sehinggalah saya terbaca di dalam web World Gold Council bahawa emas juga digunakan dalam industri elektronik.
Jadi di manakah emas kita tu? Ianya ada pada kad pengenalan kita iaitu pada cip memori yang terletak di sebelah kiri kad seperti gambar di atas. Nampak tak warnanya keemasan. Itulah emas. Bukan setakat kad pengenalan sahaja, malah di mana kad yang mempunyai cip memori ini seperti kad bank, sim card handphone dan sebagainya.
Bukanlah cip itu 100% diperbuat daripada emas? Ianya hanya sebagai lapisan yang atas sekali. Ini adalah kerana permukaan tersebut sangat terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mengaratkannya jika digunakan dalam tempoh yang lama. Oleh itu, pakar telah menggunakan emas sebagai lapisan luar permukaan tersebut kerana emas merupakan logam yang tidak akan berkarat dan pengalir elektrik yang lebih baik.
Sehingga tahun 2007, dianggarkan 280 tan emas digunakan dalam komponen elektrik dan elektronik seperti litar di dalam telefon dan komputer. Banyakkan. (Untuk maklumat lanjut sila klik di sini)
Oleh itu saya syorkan, disamping kita membeli emas, simpanlah apa-apa barang elektronik yang mempunyai emas di dalamnya walaupun kuantiti emas di dalam alatan itu amat sedikit.
Antara alat elektronik yang mempunyai emas di dalamnya ialah simcard, kad kredit, kad bank, kad telefon, prosessor yg tidak digunakan, thumbdrive yg rosak, decoder astro dan sebagainya.
Kata orang tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dan saya tambah 'lama-lama harga naik'. Untungkan, simpan skit-skit sambil tu harganya pun semakin naik.
Kalau ada kawan atau saudara mara yang tidak mahu menggunakan alat elektronik mereka, ambillah (jika mereka izinkan) dan simpan.
Simpanlah walaupun kos untuk mengeluarkan emas ini amat tinggi kerana apabila simpanan kita itu sampai satu tahap dapat menampung kos tersebut dan memperoleh keuntungan maka kita telah menjana pendapatan secara percuma. InsyaAllah.
WAllahu 'alam.

5 Sebab Memiliki Emas

Walaupun ramai yang merungut harga emas semakin mahal namun hakikatnya harga emas yang sentiasa meningkat dari hari ke hari menyebabkan harga emas pada hari ini sentiasa murah...
2. Perlindungan harta dari inflasi.
Seekor kambing di zaman Rasulullah SAW adalah kira-kira satu dinar emas. Ianya tercatat di dalam hadith antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Pada hari ini, sekiranya anda memiliki satu dinar emas, anda masih mampu membeli seekor kambing. Ini adalah satu bukti bahawa emas tetap mampu mengekalkan nilainya selepas lebih 1400 tahun. Dalam tempoh tersebut, dunia telah melalui pelbagai krisis besar ekonomi, peperangan, bencana alam, dan sebagainya. Ada negara yang hilang kedaulatannya, pupus matawangnya, musnah peradabannya. Namun emas tetap utuh dan terus dianggap bernilai sehingga kini. Keistimewaan yang Allah SWT anugerahkan ke atas logam berharga berwarna kuning ini tidak terdapat pada wang kertas anda yang nilainya boleh hilang sekelip mata. Itulah yang terjadi di Jerman (1922), Hungary (1945), Chile (1971), Argentina (1975), Peru (1988), Yugoslavia (1992), dan yang terbaru ialah negara Zimbabwe (2009). ( Sila baca "Matawang yang musnah")
3. Permintaan emas dunia melebihi pengeluaran.
Data yang dikeluarkan oleh World Gold Council menunjukan terdapat defisit antara permintaan dan pengeluaran emas. Sebagai contoh pengeluaran di Afrika Selatan yang merupakan pengeluar utama dunia selepas negara China telah menurun sebanyak 14%.
4. Krisis ekonomi dunia yang semakin meruncing.
Ini menyebabkan ramai pelabur mencari pelaburan yang selamat. Emas dilihat sebagai alternatif pelaburan yang selamat dan kekal.
5. Emas diminati dan dikenali sejak zaman-berzaman.
Oleh itu menyebabkan urusniaga amat mudah. Ianya dianggap bernilai oleh semua tamadun yang pernah wujud di dunia ini, sama ada yang maju atau yang tidak.
JENIS-JENIS EMAS
Jenis Emas (karat) | Kandungan Emas (Au) |
Sifat2 Emas
Sifat Umum | |
Nama, Simbol | Emas, Au |
Siri Kimia | Logam Peralihan |
Warna Asal | Kuning Berkilau |
Keadaan | Pepejal |
Ketumpatan (suhu bilik) | 19.3 g/cm³ |
Takat Lebur | 1064.18 °C |
Takat Didih | 2856 °C |
Warna Apabila Bercampur Logam Lain | |
Emas Merah | Emas murni dicampur Tembaga |
Emas Kuning | Emas murni dicampur Perak |
Emas Putih | Emas dicampur dengan Timah dan Nikel. |
Fakta Emas Secara Saintifik
Emas merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbolAu (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di
dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.
Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki persegi. Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agenmenghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10%perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi dengan besi,berwarna hijau, dan aloi dengn aluminum, berwarna ungu.
Sebanyak 161 000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia, sehingga tahun 2009. Ini secara kasar bersamaan dengan 160 960 492.28 kg atau, dalam sukatan isipasu, sekitar 8.333 meter padu.

Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.
Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki persegi. Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agenmenghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10%perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi dengan besi,berwarna hijau, dan aloi dengn aluminum, berwarna ungu.
Sebanyak 161 000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia, sehingga tahun 2009. Ini secara kasar bersamaan dengan 160 960 492.28 kg atau, dalam sukatan isipasu, sekitar 8.333 meter padu.
Subscribe to:
Posts (Atom)